Mac 01, 2011

KHAS buat insan yang bergelar TEMAN


Assalamualaikum  salam sejahtera buat pembaca blogs catatan,
terima kasih juga ditujukan buat insan yang singgah di blogs catatan ini,
semenjak akhir2 ini aku menyibukkan diri dengan aktiviti2 bersukan seperti bermain tenis dan berenang,
bukan ape tuk jaga stamina and mempelajari sesuatu yang baru,
kalau murah rezeki aku nak try main GOLF pulak lepas ini,
ape khabar kawan2 semua ?,
harap2 sentiasa gembira dengan hidup kamu.. :)
aku ngah research pasal my next entry,
x banyak maklumat yang aku perolehi dari internet,
hope i will get the info in few days.
Jadi hari ini aku nak kongsi sesuatu hadiah dari seorang TEMAN yang amat rapat dengan aku.Aku bersyukur kerana dapat mengenalinya,
thanks TEMAN,aku akan tetap bersama sama dengan KAMU sampai bila bila,
segalanya tentang kehidupan akan di kongsi bersama sama,
suka duka kehidupan dan sentiasa memperbaiki antara satu sama lain,




Ini adalah salah satu KARYA beliau,


tatkala kelopak mataku asyik merenung puncak gunung yang jauh di sudut pandangan mata kasar.
terdetik hati kecil berkata2..
"alangkah indah sungguh ciptaan DIA...
"tidak ada sudut yang menampakkan cacat cela...
"setiap satu yang DIA jadikan punya ikatan yang tersendiri...
"saling memerlukan antara satu sama lain...
"matahari memerlukan bulan untuk saling bertukar tugas menerangi dan menemani bumi Tuhan yang indah ini...
"bintang dan angkasa saling memerlukan bagi menerangi sekian alam dengan pancaran cahaya yang tiada tandingan...
begitulah perkaitan yang tersirat yang tidak mungkin dpt dilihat tanpa merungkai nya...
Subhanallah... aku kagum dengan Kebesaranmu ya Allah.
Alhamdulillah... aku bersyukur kerasa masih diberi peluang untuk menikmati segala keindahan itu.

sedang asyik bermonolog, terlintas di kotak firikan akan sesuatu...
"sungai tanpa tebing...
"lautan tanpa ombak...
"bukit tanpa tumbuhan...
"udara tanpa angin...
pernahkah kita terpikir apa yang akan berlaku jika semua itu benar?.
setuju atau tidak... kita tetap tidak boleh lari dari hakikat bahawa
setiap satu ciptaan DIA adalah saling memerlukan.
dan mempunya perkaitan antara satu sama lain.
begitu juga manusia.
insan kerdil di bumi Tuhan.
saling memerlukan antara satu sama lain.
bagi melayari bahtera kehidupan.
dan terus mengejar impian yang dilakar.
langkah demi langkah diatur..

sedar atau tidak,
setiap satu langkah yang kita mulakan pasti ada kisah disebaliknya.
cuma, ada ketika kisah yang terlakar itu bukan lah seperti yang kita harapkan.
dan setiap kisah itu ada cerita disebaliknya.

bagi aku.
setiap kisah yang terlakar di sepanjang langkah yang diatur punya 'perasa' yang tersendiri,
ada kala pahit, dan ada kala manis.
aku amat menghargai satu ketika di saat2 langkah terhenti dan hampir lumpuh dek ancaman anasir kehidupan,
hadirnya seseorang yg dipanggil Teman.
rasa yang sebelum ini terlalu pahit untuk ditelan,
kini tawar dengan insulin misteri yang dibawanya,
rasa yang sebelum ini terlalu manis untuk dibuang,
kini aku mampu menyimpannya dengan dos2 ubatan bagi mengawet rasa2 itu...
setiap liku2, perit payah kehidupan aku mampu lalui dengan tenang.
sungguh misteri ramuan yang di beri oleh dia.

hari ini. terlalu cepat aku rasakan masa berlalu.
masih terlalu banyak perkara yang ingin aku kejar.
walau ada kala aku di tinggalkan oleh detik2 yang berlalu,
namun aku tidak pernah ditinggalkan oleh dia yang dinamakan teman.
saling memerlukan bak lautan dan ombaknya,
bak sungai dan tebingnya...
kini aku semakin kuat untuk mengharungi cabaran kehidupan yang kian berduri.
aku tidak lagi gentar dengan ugutan bisa si tedung.
kerana aku tahu, dia sentiasa ada bersama2 aku..
terima kasih TEMAN..


Aku jua tahu bahawa TEMANKU mempunyai bakat semula jadi,
mungkin inilah hasilnya ape2 pun aku nak kongsi kat sini bahawa aku bangga dapt bertemu denga seorang sahabat
yang boleh berkongsi masalah dengan aku,
aku tahu kita semua tak kan lari dari menghadapi masalah kan.
jadi tak semua sahabat akan menolong setiap kesusahan yang di hadapi,
tapi bagi aku nasihat dari seorang teman amat lah di perlukan dikala menyelesaikan sesuatu masalah,
sebagai seorang manusia aku mengingatkan bahawa kita juga selalu diperlukan oleh sababat sahabat yang rapat dengan kita,
jadi hargailah setiap apa yang pernah dieorang lakukan untuk diri kamu,
dan bantulah jua mereka di saat dia memerlukan kita,
SALING memerlukan antara satu sama lain,
MEREKA jua banyak menenangkan kita di kala hati dan fikiran kita senang terganggu..
hargailah MEREKA selagi mereka di sekeliling kita,
dan usahlah mencari cari MEREKA setelah mereka sudah tiada.

pesanan buat TEMAN TEMANKU,


hari ini hari kesedihan aku,
esok lusa ku lihat kau pula yang bersedih,
hari ini adalah hari kesusahan kita,
esok lusa adalah hari kesusahan kau,
aku tak mahu kau  terus bersedih,
usahlah kau gusar untuk bertemu denganku untuk bercerita,
aku akan CUBA yang sebaik mungkin untuk membantu kamu TEMANku,
dan aku juga memerlukan KAMU untuk berkonsi setiap masalah,
KITA saling memerlukan antara satu sama lain,
percayalah bahawa ikatan persahabatan KITA ibarat AUR DAN TEBING,
dan aku amat bersyukur untuk setiap nasihat yang KAU berikan,
TERIMA KASIH TEMAN..
SEMOGA TUHAN SENTIASA MENDENGAR KELUHAN HATI KITA DAN
MEMBANTU KITA MENGHADAPI SETIAP MASALAH YANG KITA HADAPI..amin.. :)

(^_^) selamat malam TEMAN dan SAHABAT  semua,
semoga hari kamu lebih baik dari semalam..


TEMAN yang ku kasihi,

Engkaulah temanku,
tempat aku mengadu,
tika tawa dan sedih,
kau tetap bersamaku,
TEMAN yang ku kasih,
akan kuhargai,
hingga akhirnya nanti,
kan kekal abadi,

KU pinta oh tuhan,
agar tetap berpanjangan.
sebuah PERSAHABATAN,
penuh KEIKHLASAN,

hasil karya Ahmad Jabar
1.00am

1 ulasan:

aKu iNgin bEbas berkata...

"There are hundreds of languages in the worlds...
"Within those hundreds of languages...
"Not even one can describe how valuable a friend which called "sahabat" or "teman"...
"But smile speaks them all..
"I'm smiling now... :)

^_^"

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster