Mac 22, 2011

hari hari semalam.

Assalamualaikum and salam sejahtera buat pembaca blogs catatan,
baru 6 hari tidak berkunjung kat blogs catatan,sibuk dengan kerja and minggu lepas balik ke kampung halaman kat jb,
my dad operation,Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar pada 17.03.2011,dan hingga hari ini nampaknya my dad sudah pun boleh bergerak macam biasa,
minggu lepas jugak adalah minggu pertama aku bermalam kat 
wad menemani my dad,takut jugak,macam2 aku pikir pada malam itu,
alhamdullilah takda apa pun yang berlaku aku tidur dengan nyenyak sekali,
sedih jugak tengok keadaan my dad mase tuh,nak ke tandas pun terpaksa berkerusi roda,dan sebagai anak,aku merelakan diri untuk menyusahkan diri dengan membantu apa2 yang aku mampu lakukan untuk melihat my dad,mum and ahli keluarga yang lain tersenyum,
siapa yang tak sayang ahli keluarga kan?,
jadi ingat-ingatlah pada mereka selagi korang masih dapat menatap wajah mereka,senyum mereka,gelak tawa dan cerita-cerita dari mereka,
kasih sayang dan perhatian yang diberikan pada kita adalah satu anugerah yang amat bermakna dalam hidup,janganlah kita terlalu mengecap keindahan dunia sampai kita terlupa pada mereka,
bagi aku,mereka adalah segalanya,tanpa mereka aku tak kan hadir mengecapi nikmat dunia ini,

18.03.2011

buat kenduri doa selamat serta tahlil kat masjid,
dah lame aku tak sembahyang maghrib kat masjid,
jadi hari tu aku adalah hari pertama dalam 2011 aku sembahyang maghrib dan isyak kat masjid kampung aku,

19.03.2011

menghabiskan masa cuti kat kampung bersama family tercinta,
bermain2 dengan anak sedara aku,berborak2 dengan adik beradik aku yang lain,alangkah indahnya kalau dapat selalu kumpul macam tuh,terasa kembali ke masa lalu,

20.03.2011

masa untuk pulang ke selangor,
amat berat sekali kaki melangkah meninggalkan perkarangan rumah,
terasa seperti baru 10 minit berada kat rumah,
dugaan,untuk teruskan kehidupan dan mengejar matlamat hidup,
terpaksalah aku paksa kakiku melangkah.

21.03.2011
 
hari pertama bekerja,
hari ini aku buat panggilan pagi untuk my dad,
sebab my dad ada temujanji dengan doktor,
my dad bagitahu semuanya baik,
barulah tenang hatiku hendak memulakan kerja,
semoga my dad cepat sembuh,
aku akan selalu mendoakan buat mereka.


Alamak.
tertulis diary pulak kat sini,
just nak share dengan korang supaya sentiasa ingat orang-orang yang korang sayang,sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi kita semasa kecil.


aku nak share sesuatu dengan korang,
aku tonton cerita hikayat merong mahawangsa,
cerita yang menarik,walaupun gambar tak setanding dengan filem-filem hollywood tapi sebagai anak malaysia aku bangga sebab dah ada penerbit yang mampu menerbitkan sebuah filem EPIC,
jalan cerita yang menarik,rasa macam tak puas pulak tengok cerita ini,
lagi tuk cerita ini pun gempak jugak,
memang terbaik lah,kene dengan cerita,
mesej yang cuba disampaikan penuh makna..
orait..enjoy this song.. =)



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu..
*(i like this word)

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...*(i like this word)
 
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa
 

 
okay..masa untuk tidur,
selamat malam dan jangan lupa untuk mendoakan untuk kedua ibu bapa kita..
 
adios..! :)
 

0 ulasan:

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster