Ogos 13, 2011

andai dapat ku undur masa



salam dan selamat sejahtera :),
ape khabar semua?
sihat ke? bagaimana hari anda?
ada new entri tuk di kongsi bersama,
tentang masa, alangkah indahnya kalau dapat kembali ke masa lalu,
dapat mengubah kesilapan yang lama,
tapi apakan daya,ape yang berlaku telah di tetapkan buat kite,
sebagai seorang hamba, sentiasalah bersyukur atas apa yang berlaku kerana setiap dugaan yang di beri atas kita tersimpan sejuta hikmah buat kita,

Setiap dari kita pasti mempunyai kenangan indah saat kita mula mengenali dunia.Dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya menjengah alam persekolahan kita mengutip berbagai peristiwa pahit dan manis, suka dan duka.
Mungkin terlalu banyak yang telah kita tempuh dan pasti sukar untuk kita membayangkan satu persatu detik tersebut namun pasti ada antaranya terus segar dalam ingatan.

Mengimbau zaman yang berlalu pasti ada antara kita melontarkan keluhan dan penyesalan kerana mempersiakan masa.Andai dapat ku undur masa ingin ku atur masa yang ada agar tidak dipersiakan kerana kini aku sedar masa itu amat berharga.Mungkin itu antara keluhan dan bisikan hati seorang insan yang dihambat penyesalan.Masa bagaikan menghukum perlakuannya yang lalu namun masa juga tidak pernah kenal erti belas kasihan kerana ia tetap akan berlalu dan tidak akan terhenti walau sedetik.

Sesekali kita berpaling untuk melihat masa yang berlalu tapi ternyata kita hanya mampu mengenang kembali nostalgia yang telah kita tinggalkan.Ada antaranya menerbitkan rasa ceria dan andai dapat di undur masa kita ingin kembali semula berada pada detik tersebut setiap masa dan setiap ketika. Saat berpaling mungkin ada antara kita yang banyak melihat kekurangan diri lantaran sikap serta kealpaan kita untuk menghargai masa.Andai dapat di undur masa pasti saat tersebut ingin kita perbaiki agar setiap ruang terisi dengan catatan dan memori indah.Ternyata masa tidak akan berputar semula dan terus berlalu tanpa adanya prejudis pada sesiapa saja.

Andai dapat di undur masa mungkin hati kecil kita berbisik agar segala kenangan pahit yang terpahat diingatan dapat dikikis untuk dilontar menjadi debu.Saat melaluinya terasa bagaikan kaca terhempas ke batu namun masa tetap ingin berlalu lantas membiarkan detik tersebut menjadi sebuah kenangan abadi.Masa menghadirkan saat gembira, masa mencipta saat duka dan masa juga membuatkan kita lena dan terleka.

Masa hanya tahu berputar ke hadapan dan beredar tanpa ada hentiannya.Namun perjalanan kita akan terhenti apabila tiba pada nokhtahnya.Kita akan tiba ke destinasi bersama bekalan yang dibawa, bersama memori dan kenangan yang tidak akan terpadam.Andai dapat di undur masa pasti kita inginkan segalanya sempurna dalam diary hidup kita.Tiada simpati dari masa kerana apa yang telah kita tinggalkan itulah yang bakal menjadi sandaran.


sama-sama lah kita sentiasa menyiapkan diri dengan bekalan masing2..
dan sentiasa berdoa supaya mendapat tempat yang baik di sisi Allah..
insyaAllah..


0 ulasan:

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster