Jun 07, 2013

kebaikan memakan epal hijau

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.






Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Taman Tema Air Dinasour KSL Resort

JOHOR BAHRU - Taman Tema Air Dinasour KSL Resort, tarikan keriangan terbaharu di negeri ini, akan mula dibuka kepada orang ramai hari ini.




Taman tema berharga RM20 juta yang dibina di aras tujuh bangunan KSL Resort itu menampilkan keunikan tersendiri dengan kehadiran lima replika dinasour dengan saiz sebenar yang boleh digerakkan menggunakan sensor, selain dilengkapi sistem audio bunyi yang dihasilkan haiwan prasejarah terbabit.



Pengurus KSL Resort, Mahadi Mathana berkata, kira-kira 400 pengunjung dijangka hadir hadir pada hari pertama pembukaan taman tema itu.



"Ini merupakan Taman Tema Air Dinasour pertama di Malaysia dan saya pasti pengunjung akan merasai keriangan yang sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.



Jelas Mahadi, selain replika dinasour, taman tema yang berkeluasan 4,330 meter persegi itu juga menampilkan beberapa tarikan lain antaranya air terjun setinggi lima meter, dua luncur air berkelajuan tinggi, jambatan kayu serta pelampung air pelbagai jenis dan saiz.



Selain itu, menurutnya, taman tema air itu juga selamat untuk kanak-kanak memandangkan kedalaman air hanya 0.23 meter.



"Bagi mereka yang berminat, tiket masuk ke taman ini hanyalah RM50 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun," ujar



Jun 06, 2013

Let's turn on islamic mode in our Family



Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya. Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang. Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W. Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua.

 Firman Allah S.W.T: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)  "





Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun."  Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi "mind set" kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa? Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim) Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya. Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda : "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama', bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa. Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya. 

Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga. Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le'ts turn on Islamic mode in our family!

Dah lame x mengupdate blogs nih..

Assalamualaikum...


dah dekat 2 tahun aku xde peluang nak update blog nih,semenjak lepak kat pj sampai ke hari ni,
so aku nak update something tentang life aku dan ape yg aku ceburi sekarang,http://www.facebook.com/Jabarphotography,inilah hasil masa yg telah aku korbankan selama ini,
kalau rajin singgah2 lah kat sane k :),

ni antara gambar2 yg aku sendiri amek :)










semua image2 ini adalah di bawah copyright..so paham2 je lah kan :),have a gud day :D



"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster