Januari 05, 2011

Rahsia di sebalik SENYUMAN




“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”

salam buat pembaca cattan aku,
hari ni aku nak share something dengan korang semua,
pernah tak korang terpikir rahsia dalam senyuman,
so hari ni aku nak story a bit tentang SECRET BEHIND SMILE.



Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson". 

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.




fakta-fakta menarik tentang senyuman


  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.?
  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. ?
  • Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. ?
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.?
  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.?
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.?   


    " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".  
    Jadi kawan2 sekalian, jangan lupa atau kedekut untuk memberi sebuah senyuman.... 
    Semasa bekerja, belajar, SENYUMLAH, 
    kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita. (^_^)
    so try to start you day with smile,,
    selamat mencuba..!




     


    2 ulasan:

    ain sudin berkata...

    btol2...senyum tue baek tok kesihatan...
    senyumanlah walaupon hati menanges...kerana sometimes senyum akan membuatkan hati yg sedih pon jadi hepi...

    take care always..miss you...=)

    aKu iNgin bEbas berkata...

    this entry reminds me on quotes about smile..
    "start your day with smiling, it will cost u nothing but helps in many ways"..

    nice sharing... thanks.. ^_^"

    "Meniti arus perjalanan kehidupan"

    Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
    Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
    SubhanAllah,
    Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
    meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
    ciptaanya yang maha agung,
    perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
    tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
    Ia hanyalah sementara,
    sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

    selamat datang to catatan

    selamat datang to catatan
    assalamualaikum dan salam sejahtera

    Pengikut saya

    Catatan Popular


     

    Design by Amanda @ Blogger Buster