Januari 30, 2011

catatan sepi seorang perindu.




Hari ini adalah hari yang telah kita rancang tapi segalanya telah
di tentukan oleh Tuhan,
dengan berkat doa dan rahmat tuhan moga segalanya akan berjalan lancar
seperti yang kita nantikan.



rindu??
pernah tak korang merasai dan memikirkan tentang ayat ini,
satu perasaan yang begitu mencengkam perasaan dan hati sanubari kita,
pernah tak korang rasa betapa dasyatnya diri ini bila merindui seseorang
yang pernah rapat dengan kita,tak kirelah sesiapa sahabat,kekasih atau ahli keluara kita,
hanya doa dan sabar sahaja yang menjadi peneman kita di kala diri ini merindui
seseorang,

Dan hari ini kenangan semalam muncul lagi dalam hidup aku,
hanya tuhan sahaja yang memahami apa yang telah aku lalui,
begitu pedih dan sedih,
aku amat terharu bila mengingatkan kisah kisah hidup yang
pernah aku lalui satu ketika dahulu,
pada hari sabtu,29 januari 2005,
aku terkapai kapai keseorangan mencari jalan pulang sendirian,
dan aku hanya mampu melihat kau berlalu pergi bersama si dia,
dan kau tak sedar kau bawa segala yang ada pada diriku ini,
sehingga hari ini aku masih berharap kau datang padaku memulangkan segala
yang telah kau ambil pada diriku,
pernah tak korang rase kehilangan dalam hidup ini,
aku yakin korang mesti pernah merasakan kehilangan
seorang yang pernah korang sayangi,
begitulah yang aku rasakan saat ini,merindui seseorang
yang pernah aku sayangi sepenuh hati,
sehingga hari ini pemergianya amat membawa seribu kesan pada diriku,
aku hampir hilang arah dalam kehidupan selepas pemergiannya,
dan segalanya aku tempuh bersama hati yang tabah dan aku sentiasa ingat
Allah akan sentiasa bersama aku,sehingga hari ini aku bersyukur kerana
aku tidak melakukan sesuatu yang bodoh dan merosakkan diri aku,
cuma aku tekad dan berazam supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama dalam hidup aku, so bukanlah aku nak membalas dendam,
cuma aku takkan pernah memberikan hati ini untuk sesiapa lagi,
so dalam hidup aku cuma ada family yang aku sayangi dan urusan jodoh
aku serahkan pada yang esa,biarlah aku melaui segala yang telah tertulis buat diri ini, walaupun perkara ini dah hampir 6 tahun berlalu tapi, aku masih lagi mencari dimanakah silapku dulu,
puas aku berfikir,tapi ternyata segalanya disebabkan dia,
mengapa begitu mudah harapan yang dibina sekian lama hilang dalam masa sehari,
aku masih teringat satu kata2 inspirasi yang membangkitkan aku dari
kesedihan yang panjang,



kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
dia mendatangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya tanya,
kemana hilangnya sinar?
rupa rupanya Allah hadiahkan pelangi buat kita.

begitu indahnya pelangi,
kita semua tidak dapat menyangkal keindahan ciptaan
tuhan buat hambanya,
Subhanallah,
hanya itu yang mampu aku ucapkan pada tuhanku,
aku bersyukur kerana aku dapat melihat keindahan tersebut,

Aku paham pada ayat inspirasi di atas,
ada hikmah atas apa yang berlaku atas diri aku,
dan aku harus berhati hati atas apa yang aku lakukan sekarang.
dan buat sahabat sahabatku,
ingatlah,
dunia ini umpama roda,
kekadang kita di atas,
dan ada masa juga kita akan berada di bawah,
renung renungkan lah..sama samalah kita mengingati antara satu sama lain,
janganlah kita mempermainkan perasaan seseorang pada kita,
Kelak kita akan menerima apa yang telah kita lakukan pada orang lain,
banyak banyakkanlah berdoa supaya segala urusan kita akan di permudahkan,
Insyallah..


Januari 23, 2011

bingkai hatiku







salam buat pembaca blogs catatan.thanks sebab sudi singgah,
jika ada sesuatu yang korang nak komen,
komenlah..aku tak kesah,
bagaimana hari anda semua,
aku harap hari korang sentiasa ceria dan penuh dengan kegembiraan,
harini aku nak share something dengan korang tentang satu puisi yang bertajuk Bingkai Hatiku.



Aku berdiri di sebuah bingkai jendela,
aku menatap bayangan wajahmu,
kau hadir setiap detik yang berlalu.
Ada yang masih jelas membayangi diriku,
kenangan yang masih slalu hadir dalam ingatan,
sesuatu yang nyata dalam bingkai kenangan.


Aku masih berdiri di bingkai jendela yang sama,
dalam diam menyebut namamu dalam doa,
mengintai sebuah harapan silam,
ada rindu yang masih hadir,
melewati setiap jejak yang tertinggal
dari kisah lamaku denganmu.



Dan telah kutulis namamu 
dikaca jendela untuk yang terakhir kalinya,
munkin kau membaca tulisanku,
dan ketika kau menemukan namamu tertera dibingkai hatiku,
aku tidak lagi menanti kehadiran kau di bingkai hatiku.
Kerana aku telah pergi meninggalkanmu...






hasil nukilan ahmad jabar
10.30pm

Januari 19, 2011

keindahan pelangi





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat yang sudi menjenguk blogs aku ni,
agak susah nak luangkan sedikit masa untuk update blogs this week..
skang ni aku ngah siapkan final projek tuk proposal bos aku,so aku sibuk sikit kebelakangan ni,
korang semua ape khabar,
hope sentiasa sihat di samping orang2 yang tersayang,
thanks sebab follow aku balik,
today aku nak share satu puisi yang bertajuk pelangi,
kalau kite sebut pasal pelangi je kita dah dapat gambarkan betapa indahnya ciptaan ALLAH s.w.t,


Pelangi
Semalam kau terbentang di langit
Jalur warna mu indah
Ku kira bayangan sebuah cinta
Rupanya bayangan keindahan hati dilamun rindu
Hiasan semula jadi insan yang mendiami muka dunia .

Bila hati ingin bersatu dengan warna mu
Kau hilang
Hilang bersama debu butiran hujan
Pergi bersama suram sinar suria .

Aku lihat langit berwarna biru
Apakah cinta berada di sebalik warna itu
Bukan milik ku
Milik ku hanya rindu
Kekasih ku adalah rasa kepiluan
Dan aku bercinta dengan kehampaan .

Keindahan semalan
Mungkinkah telah mati bersama kasih dan sayang .

ok guys..take care always,
best kan sekali sekala layan puisi,
indah sekali bahasa dan amat mendalam maksudnya,
pemahaman kita berbeza2 kan..hanya penulis yang tahu ape yang hendak disampaikan dalam puisi ni,
selamat membaca dan memahami ape yang tersirat dalam puisi ni..




Kata-kata Pujangga: 
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Januari 15, 2011

"kekadang sebuah langkah yang kecil akan mengubah seluruh perjalanan hidup kita"


salam and salam sejahtera buat teman2 semua,
apa khabar korang semua hari ni,
malam yang agak tenang dan
then dah lame aku tak menulis mengikut kata hati ni,
walau mam mane pun aku kurang menulis sejak dua menjak ni,mungkin sebab bz and kerja dan kurang mase tuk blog walking,
anyway kalo nak mencari ilham aku suke berjalan2 membaca blogs kawan2 aku,
aku suke bace korang nye blogs,
macam2 cerita and kisah yang dapat di kongsi bersama kawan2 blogger yang lain,



aku merasakan menulis adalah satu cara untuk meluahkan dan mencatatkan pengalaman yang di lalui setiap hari,
mungkin tak semua suka orang akan suke mengingati babak2 dalam kehidupan yang di lalui,
dan setiap babak mengandungi kisah suka dan duka kehidupan,
dan ia juga boleh di jadikan satu bahan rujukan di hari yang akan datang,
mungkin kita tak sedar yang pengalaman itu adalah sesuatu yang amat berharga pada kita,



kita ini ibarat seorang pelakon yang membawa watak masing2 di atas pentas dunia,
tidak semua orang akan membawa watak yang sama,
dan setiap manusia akan melalui setiap babak dengan cara yang tersendiri.





aku tertarik pada satu ayat dalam sebuah cerita,

"kekadang sebuah langkah yang kecil akan mengubah seluruh perjalanan hidup kita"

aku suka kat ayat ni,
aku ambil dari sebuah drama melayu,
ape yang aku paham tentang ayat ni,
ia menyatakan bahawa kita tidak sepatutnya mengambil jalan mudah untuk membuat keputusan atas satu perkara yang kecil bagi kita,



 
jadi ingatlah segalanya2 di tangan kita dan kita akan memperolehi kemenangan dan habuan dari setiap perkara yang kita lakukan,
dan sama2 lah kita berdoa supaya kita tabah melalui setiap kisah dan babak kehidupan kita,
dan kita harus ingat,kita takkan selamanya berada di atas dan kita tak selamanya akan berada di bawah,
adakalanya kita akan jatuh dan naik bila2 masa so sama2 lah kita berusaha dan memperbaiki setiap kelemahan yang kita ada dan
bersiap sedia dengan segala ujian tuhan,
sama2 lah kita berdoa semoga segala urusan kita di permudahkan,
insyaALLAH..
selamat malam dan selamat berhujung minggu,







 Ya Allah .... bukakan pintu hati ini
Agar dapat selalu ingat pada-Mu
Tuhanku .... jangan engkau menjauh
Karena aku tahu akulah yang melupakan-Mu
terimalah maaf ini Rabb
...agar hamba dapat tersenyum
dgn Segelintir anugerah kesempatan
dan sisa nafas yg engkau berikan.




Januari 11, 2011

pertemuan dan perpisahan

Salam and selamat sejahtera kepada kawan2 yang sudi singgah kat blog aku,hari ni aku nak share dengan korang semua
Tentang pertemuan dan perpisahan

pernah tak korang terpikir tentang semua tu.mesti korang ada terpikir tentang ini kan,
perkara-perkara yang di tentukan oleh tuhan pada perjalanan hidup kita ini tdak boley di ubah sama sekali,
Kita tidak boleh menjangka semua perkara ini berlaku kerana semuanya ketentuan ALLAH pada insannya.
Pertemuan dan perpisahan,
Pernahkah korang mendengar satu kalimah, 
jangan jatuh cinta jika kita tidak sedia untuk patah hati,
dan setiap pertemuan pasti akan ada hujungnya(perpisahan)
Dunia ini terdiri dari pelbagai kisah,
tersusun seperti puzzle yang kekadang saling berhubung kait antara satu sama lain.Sama samalah kita berda supaya kita menjalani sebuah kehidupan yang diredhai dan dirahmati ALLAH.InsyaALLAH.

Siapa yang tak bersedih berpisah ? meskipun ada banyak juga yang bersyukur perpisahan terjadi. Lalu cinta,persahabatan dan persaudaraan....semua terhubung karena pertemuan.

Jika perpisahan terjadi...
bukankah kita harus menerima kerana sesungguhnya didunia ini tak ada yg kekal dan abadi.

So hargailah setiap pertemuan kerana kita tak tahu di mana akhirnya pertemuan tersebut(perpisahan).
Ok guys,have a nice day always k,
Smile always :)

Januari 05, 2011

Rahsia di sebalik SENYUMAN




“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”

salam buat pembaca cattan aku,
hari ni aku nak share something dengan korang semua,
pernah tak korang terpikir rahsia dalam senyuman,
so hari ni aku nak story a bit tentang SECRET BEHIND SMILE.



Mampukah kita senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika kita mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson". 

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.




fakta-fakta menarik tentang senyuman


  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.?
  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. ?
  • Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. ?
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.?
  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.?
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.?   


    " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".  
    Jadi kawan2 sekalian, jangan lupa atau kedekut untuk memberi sebuah senyuman.... 
    Semasa bekerja, belajar, SENYUMLAH, 
    kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita. (^_^)
    so try to start you day with smile,,
    selamat mencuba..!




     


    "Meniti arus perjalanan kehidupan"

    Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
    Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
    SubhanAllah,
    Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
    meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
    ciptaanya yang maha agung,
    perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
    tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
    Ia hanyalah sementara,
    sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

    selamat datang to catatan

    selamat datang to catatan
    assalamualaikum dan salam sejahtera

    Pengikut saya

    Catatan Popular


     

    Design by Amanda @ Blogger Buster