Februari 27, 2011

Dimanakah destinasi akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blogs catatan.
aku berharap agar korang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera,
agak lama aku jugak aku tak update blogs..!
ada satu sebab ('',) laptop aku terkena air pada hari isnin..
aku ingat dah rosak..Entah macam mane aku on semalam die berfungsi macam biasa..Alhamdullilah..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tersebut,
aku bercadang nak tengok laptop baru kat Loo Yat minggu ini,
tapi tak jadi,selamat duit aku..! 
hari ini aku nak berkongsi dua ayat yang aku rasa mempunyai maksud yang mendalam..jadi sama samalah kita fikirkannya..Dimanakah destinasi impian kita,hala tuju yang kita cari selama ini,
mudah mudahan kita memperolehi apa yang kita impikan..
InsyaAllah, 


Hidup ini diibaratkan seperti dalam pelayaran yang berlabuh bersinggahan diperlabuhan,
menanti tiba masa untuk berangkat meneruskan satu destinasi yang tak pasti. Sementara menanti masanya untuk berangkat untuk satu lagi pelayaran,
sebagai penumpang hendaklah kita mencari bekalan yang secukupnya untuk dibawa kepelayaran kesatu destinasi yang tak pasti.

 
Satu perjalanan masih jauh.. 
Semua pencarian masih belum jelas.. 
Arah destinasi masih kabur.. 
Kemanakah yang harus di tuju? 
Bila dan di manakah destinasi aku? 
Aku merendah diri, dan berharap hanya kepada Dia.. 
kerana Dia Yang Maha Mengetahui. 
Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus..


sama samalah kita renungkan ayat ini :

"Pada saat kita teringat kepada kehidupan, kemudian kita menoleh kebelakang sejenak meningat ingatkan kembali awal perjalanan hidup didunia ini, lalu kita menhitung hitung apa yang pernah kita alami hari demi hari, tahun demi tahun, tak terfikir dibuatnya. 
Sebabnya awal perjalanan hidup yang diketahui hanyalah samar samar kemudian disusul olih penggantian tahun tahun panjang yang datang berturut turut. Semua ini di rasakan seolah olah hanya sehari, penuh berbagai macam kejadian yang datang menyusul."


semoga korang gembira dan ceria satu,
selamat beristirehat di hujung minggu,

(+_+).. 

 

0 ulasan:

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster