JOHOR BAHRU - Taman Tema Air Dinasour KSL Resort, tarikan keriangan terbaharu di negeri ini, akan mula dibuka kepada orang ramai hari ini.
Taman tema berharga RM20 juta yang dibina di aras tujuh bangunan KSL Resort itu menampilkan keunikan tersendiri dengan kehadiran lima replika dinasour dengan saiz sebenar yang boleh digerakkan menggunakan sensor, selain dilengkapi sistem audio bunyi yang dihasilkan haiwan prasejarah terbabit.
Pengurus KSL Resort, Mahadi Mathana berkata, kira-kira 400 pengunjung dijangka hadir hadir pada hari pertama pembukaan taman tema itu.
"Ini merupakan Taman Tema Air Dinasour pertama di Malaysia dan saya pasti pengunjung akan merasai keriangan yang sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Jelas Mahadi, selain replika dinasour, taman tema yang berkeluasan 4,330 meter persegi itu juga menampilkan beberapa tarikan lain antaranya air terjun setinggi lima meter, dua luncur air berkelajuan tinggi, jambatan kayu serta pelampung air pelbagai jenis dan saiz.
Selain itu, menurutnya, taman tema air itu juga selamat untuk kanak-kanak memandangkan kedalaman air hanya 0.23 meter.
"Bagi mereka yang berminat, tiket masuk ke taman ini hanyalah RM50 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun," ujar

0 ulasan:
Catat Ulasan