November 27, 2010

SEsuatu

 sedikit coretan di waktu malam.



ketika aku berada di situ. 
aku sibuk menghitung berapa jumlah bintang yang bertaburan di kaki langit, 
sibuk merapatkan diri dengan alam yang penuh dengan keindahan ciptaan ALLAH, 
dunia ini banyak mengajarku tentang suka dan duka kehidupan. 
Begitu indah untuk di kenang dan begitu pahit tuk di simpan,tetapi apa yang di takdirkan padaku aku terima dengan penuh kesyukuran, Alhamdullillah.

walau kita telah melewati waktu ini dan mungkin juga kalau kita bertemu sekali lagi, 
aku hanya mampu memandangmu dengan sekadar renungan kosong yang tak punya apa-apa,
tetapi yang satu itu kau simpanlah di lubuk rasamu. ini kerana aku tau aku tidak mungkin tidak berkesempatan lagi ada ruang untuk itu.

Dan aku akui,
aku telah melalui semua yang harus ku lalui dengan tabah, 
aku manusia penuh imaginasi mahukan sesuatu untuk membuatkan aku rasa bahagia.
aku serahkan semuanya yang ada padaku kepada Maha Pencipta. 



Aku ini manusia yang suka menulis sesuatu atau sebarang catatan, walaupun kosong namun ia masih mempunyai maksud yg tersembunyi...phamilah ape yang tersirat di sebalik coretan aku.. 

0 ulasan:

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster