Hari ini adalah hari yang telah kita rancang tapi segalanya telah
di tentukan oleh Tuhan,
dengan berkat doa dan rahmat tuhan moga segalanya akan berjalan lancar
seperti yang kita nantikan.
di tentukan oleh Tuhan,
dengan berkat doa dan rahmat tuhan moga segalanya akan berjalan lancar
seperti yang kita nantikan.
rindu??
pernah tak korang merasai dan memikirkan tentang ayat ini,
satu perasaan yang begitu mencengkam perasaan dan hati sanubari kita,
pernah tak korang rasa betapa dasyatnya diri ini bila merindui seseorang
yang pernah rapat dengan kita,tak kirelah sesiapa sahabat,kekasih atau ahli keluara kita,
hanya doa dan sabar sahaja yang menjadi peneman kita di kala diri ini merindui
seseorang,
Dan hari ini kenangan semalam muncul lagi dalam hidup aku,
hanya tuhan sahaja yang memahami apa yang telah aku lalui,
begitu pedih dan sedih,
aku amat terharu bila mengingatkan kisah kisah hidup yang
pernah aku lalui satu ketika dahulu,
pada hari sabtu,29 januari 2005,
aku terkapai kapai keseorangan mencari jalan pulang sendirian,
dan aku hanya mampu melihat kau berlalu pergi bersama si dia,
dan kau tak sedar kau bawa segala yang ada pada diriku ini,
sehingga hari ini aku masih berharap kau datang padaku memulangkan segala
yang telah kau ambil pada diriku,
pernah tak korang rase kehilangan dalam hidup ini,
aku yakin korang mesti pernah merasakan kehilangan
seorang yang pernah korang sayangi,
begitulah yang aku rasakan saat ini,merindui seseorang
yang pernah aku sayangi sepenuh hati,
sehingga hari ini pemergianya amat membawa seribu kesan pada diriku,
aku hampir hilang arah dalam kehidupan selepas pemergiannya,
dan segalanya aku tempuh bersama hati yang tabah dan aku sentiasa ingat
Allah akan sentiasa bersama aku,sehingga hari ini aku bersyukur kerana
aku tidak melakukan sesuatu yang bodoh dan merosakkan diri aku,
cuma aku tekad dan berazam supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama dalam hidup aku, so bukanlah aku nak membalas dendam,
cuma aku takkan pernah memberikan hati ini untuk sesiapa lagi,
so dalam hidup aku cuma ada family yang aku sayangi dan urusan jodoh
aku serahkan pada yang esa,biarlah aku melaui segala yang telah tertulis buat diri ini, walaupun perkara ini dah hampir 6 tahun berlalu tapi, aku masih lagi mencari dimanakah silapku dulu,
puas aku berfikir,tapi ternyata segalanya disebabkan dia,
mengapa begitu mudah harapan yang dibina sekian lama hilang dalam masa sehari,
aku masih teringat satu kata2 inspirasi yang membangkitkan aku dari
kesedihan yang panjang,
kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
dia mendatangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya tanya,
kemana hilangnya sinar?
rupa rupanya Allah hadiahkan pelangi buat kita.
begitu indahnya pelangi,
kita semua tidak dapat menyangkal keindahan ciptaan
tuhan buat hambanya,
Subhanallah,
hanya itu yang mampu aku ucapkan pada tuhanku,
aku bersyukur kerana aku dapat melihat keindahan tersebut,
Aku paham pada ayat inspirasi di atas,
ada hikmah atas apa yang berlaku atas diri aku,
dan aku harus berhati hati atas apa yang aku lakukan sekarang.
dan buat sahabat sahabatku,
ingatlah,
dunia ini umpama roda,
kekadang kita di atas,
dan ada masa juga kita akan berada di bawah,
renung renungkan lah..sama samalah kita mengingati antara satu sama lain,
janganlah kita mempermainkan perasaan seseorang pada kita,
Kelak kita akan menerima apa yang telah kita lakukan pada orang lain,
banyak banyakkanlah berdoa supaya segala urusan kita akan di permudahkan,
Insyallah..