Julai 29, 2010

JUst for share..

salam for all reader..
how are u?

dalam suasana malam yang tenang ini aku memikirkan tentang sesuatu..
Tidak dinafikan jauh dalam sudut hati ini menginginkan seorang teman yang bisa diajak berbicara, berkongsi perasaan. Seorang teman yang bisa menyokong, mengukuhkan pendirian hidup ini. Seorang teman yang bisa menemani tika saat memerlukan. Tapi aku sesekali tidak pernah memerlukan seorang teman yang merosakkan. Seorang teman yang melekakan, melalaikan cita-citaku. Seorang teman yang tidak mungkin memahami situasiku dan aku.

Pada masa sekarang, aku banyak memerhatikan cara hidup masyarakat sekeliling. Remaja-remaja yang berpasangan tanpa sebarang niat untuk berkahwin semakin ketara bilangannya. Hasilnya, anak-anak luar nikah dicampakkan ke dalam tong sampah bersama-sama harga diri dan maruah seorang perawan. Ahli masyarakat kita terlalu banyak berbuat maksiat sehinggakan perkara-perkara yang jelas-jelas haram disisi agama seolah-olah dipersenda dan diperkecil.

Kalau beginilah hasilnya berpasangan berdasarkan gelodak hormone remaja, aku lebih rela bersendirian. Mungkin inilah pengorbanan terbaik diriku untuk masa depanku, akhiratku, keluargaku, aku, dan kamu wahai bakal isteriku.


Julai 23, 2010

memberi ??

salamfor my gud friends and my reader blogs..agak lame aku tak update blogs ni..buk aku kongsi z ngan keje..
so kat sini ade beberapa petikan untuk di kongsi bersama2..



MANUSIA masih enggan memberi, sekalipun haya memberi maaf, senyuman dan kata-kata  yang baik. Mengapa?
Berikut adalah antara alasa-alasan menagapa manusia enggan memberi :


MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayidina Ali ra berkata, "Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan kepada Allah swt."
Apabila kita "memberi" hakikatnya kita memberi kepada diri kita sendiri kerana semuanya menjadi "saham" di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya pada hari ini kerana niat awal mereka adalah untuk mengeluarkan zakat.
Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.
Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Memiliki dan Memberi.

ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH.

Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa, kerana ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih di dalam dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih baru kita boleh memberi, bukan sahaja kita kecewa, bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.
Allah swt yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada Hamba-Nya. Firman-Nya yang bermaksud,
“Dan sesungguhnya Kai telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Namun apakah dengan itu Allah swt berhenti daripada memberi? Tidak. Allah swt terus memberi walaupun hamba-Nya tidak berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

TIDAK ADA APA HENDAK DIBERI.

Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentulah kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

BIMBANG DIEKSPLOITASI DAN DIMANIPULASI.

Mesti diimbangi anara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.
Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya tersilap orang pun, pasti pemberian kita akan mendapat pahala daripada Allah swt, jika tidak di dunia, pasti diakhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ketahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasi untuk kebaikan.

TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kiat? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah swt. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah swt. Allah swt memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi, Allah swyt memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah swt untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah swt menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.
Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah swt untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah swt yang diperintahkan –Nya untuk diberikan kepada orang lain.
Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

TIDAK MENDAPAT ALASAN

Individu yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak mendapat apa-apa balasan. Bukankah Allah swt telah berfirman yang bermaksud,
“Maka sesiapa mebuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya 9 dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalm buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-7)
Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan balsan daripada Allah swt adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah swt dan dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.
Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hana di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan memberikan ketenangan di dunia?
Dalam sebuah hadis anjang, yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan Ahmad, Nabi muhammad saw bersabda tentang dialog Allah swt dengan para malaikat yang begitu kagum dengan penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya: “YaAllah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?”
Allah swt yang Maha Gagah dan Maha Tinggi Kehebatannya menjawab; “Ya ada. Iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.
Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali ra. Dia tetap memebri walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan Rasulullah saw bahawa Allah swt cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.


so kawan2 fikir2 kan lah..
perlukah kita membantu pada golongan yang memerlukan akan..
insyaallah tuhan akan membalas apa yang telah kita lakukan..
amin..

Julai 06, 2010

adeh..berat badan bertambah lagi..!!














salam for all guys yang selalu singgah kt my blogs..

thanks aku ucapkan pda sahabat2 yang selalu bersama..
hari ini aku lepak2 kat plaza alam central with my best friend..
search new henpon and shopping sket barang2..
then lepas aku dapat ape yang aku cari..
aku teringin pulak nak check my weight,,
rsany dh dua bulan tak timbang ni..he2..
hasilnye amat mengejutkan dah bertambah hampir 4.5kg..dalam masa dua bulan..


adeh..aku dah gemuk ke..!!

teruk kene kutuk ngan member aku..tpi die still 2.5+ from aku..
so aku nak kene get my old weight..
sejak dua bulan ni aku kuat makan kot..
even duk umah bujang pown..badan aku still naik..
kekadang pelik jugak nih..
maybe coz aku kuat makan roti canai kot..
tepung kan..

 
rasanya kot..hehe
lagi satu aku pun dah lame tak g jogging and bersukan..
yelah coz semenjak dua menjak ni aku bz sket kan..
so aku nak kan my old weight..
gud luck for me..
ok guys...take care always ye..
ingat2 sket makn coz berat badan senang nak bertambah tapi sukar kita nak turunkan..
betul tak..


ok see u again..
bye bye,, :D

Julai 04, 2010

sepi

salam buat my guys semua..how are u today..

aku baru lepas menonton cite sepi..
tetibe aku merasakn sesuatu perasaan muncul lak kat diri aku ni..
sepi..
agaknya baru aku sedar sepi tu macam mana
memang setiap orang akan merasakan perasan ini kan..
for  me sepi bermaksud satu perasaan yang agak teruk sekali..
am i right guys..
if right..samalah seperti apa yang aku pikirkan..semua perasaan yang hadir adalah mengikut naluri dan hati kita..
memang kita tidak meminta perasaan ini hadir dalam hidup kita tapi di sebabkan hati kita sering bertanya tentang seseorang yang dapat membahagiakan hidup ini..
walaupun kita amat memerlukan sesuatu di luar kemahuan kita dan rasanya kita perlukan seseorang untuk bercerita tentng masalah dan bergurau serta bermesra dengan nya..
bila aku memikirknya aku merasakan my life memng amat memerlukannya..but apakah yang harus aku lakukan bagi menikmati apa yang kita perlukan..betul  tak apa yang aku pikirkan ini..

perasaan yang kita miliki adalah anugerah tuhan yang amat berharga buat kita..
sama samalah jua kita menjaga perasaan orang lain pada kita..
janganlh korang bermain dengan perasaan kita sendiri.
kelak ia akan memakan diri kita sendiri..

anyway..
hope guys semua dapat melakukn yang terbaik buat diri kamu semua..s

wish u all guys always gud luck for get a best feeling in your life.



bisik ku pada bulan..
kembalikan,
temanku,
kasihku,
syurgaku,
tanpanya..malam menemaniku..
sepi memelukku,.

bulan..
jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi,
seperti ku..

aku suka part ayat ni..
apa yang cuba digambarkan dalam ayat ini amat dalam sekali..
memang best..




sepertiku,

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster